Sampai ke Baitullah,
dengan perjalanan hati.

UAR Travel & Tours Sdn Bhd membimbing jemaah dari Malaysia ke Makkah & Madinah dengan ilmu, sentuhan jiwa dan pengurusan penuh amanah — diterajui Ustaz Abdul Razzaq, lulusan Universiti Islam Madinah dengan lebih 30 tahun pengalaman.

  • KPK/LN 10537Lesen sah hingga 5 Oktober 2027
  • 30+ tahunPengalaman CEO dalam Umrah & Haji
  • Melaka & BangiDua pejabat, beroperasi sejak 2022
Ustaz Abdul Razzaq mengibarkan bendera UAR di bukit menghadap Kota Makkah dan Menara Jam ketika senja
Makkah Al-Mukarramah · bersama UAR Travel & Tours

Amanah yang dipercayai sejak 2022

Ditubuhkan pada 17 Mei 2022, UAR Travel & Tours Sdn Bhd berpengkalan di Melaka Bandaraya Bersejarah dengan cawangan di Bangi, Selangor — berlesen sah di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

Lesen agensi pelancongan UAR Travel & Tours, no. KPK/LN 10537
Lesen KPK/LN 10537 Akta Industri Pelancongan 1992 · sah sehingga 5 Oktober 2027
  • KPK/LN 10537

    Berlesen & berdaftar

    Diluluskan untuk pengendalian pelancongan dalam & luar negeri, agensi pengembaraan, serta pengendalian Umrah dan Ziarah.

  • 17 Mei 2022

    Ditubuhkan

    Ditubuhkan oleh satu keluarga — dipimpin Ustaz Abdul Razzaq bersama Nora Rasyid & Muhammad Aeris Danial.

  • RM400,000

    Modal berbayar penuh

    Modal dibenarkan dan berbayar sepenuhnya melalui Malayan Banking Berhad (Maybank) — tanda komitmen jangka panjang kepada setiap jemaah.

  • UmrahPay

    Ahli konsortium

    Keahlian UmrahPay Consortium Services Berhad dengan sokongan Bank Islam — saluran pembayaran jemaah yang lebih tersusun.

Kami bukan sekadar mahu menjual pakej. Kami mahu menyantuni, berkhidmat dan membimbing. Kerana bagi UAR, jemaah bukan sekadar pelanggan — mereka adalah tetamu Allah yang kami diberi amanah untuk menjaga.

Ustaz Abdul Razzaq, Ketua Pegawai Eksekutif

Visi

Sampai dengan hati yang dekat dengan Allah

Membawa jemaah sampai kepada Baitullah bukan sekadar dengan perjalanan fizikal, tetapi dengan perjalanan hati — melahirkan jemaah yang kembali dengan jiwa yang dekat dengan Allah, hati yang tersentuh dan ibadah yang penuh makna.

Misi

Bimbingan, kasih sayang & amanah

Membimbing dengan sentuhan jiwa, melayani dengan kasih sayang dan mengurus setiap perjalanan dengan penuh amanah — dari sebelum berangkat, sepanjang di Tanah Suci sehingga pulang ke tanah air.

Lima langkah menuju Baitullah

Setiap perjalanan UAR teratur dari hari pertama sehingga kepulangan — dijaga langkah demi langkah.

  1. 1

    Perbincangan & Tempahan

    Jemaah berjumpa wakil UAR di Melaka atau Bangi, atau melalui WhatsApp — sesi konsultasi percuma tanpa tekanan jualan.

  2. 2

    Kursus & Bimbingan Pra-Umrah

    Kursus pemantapan, panduan ibadah lengkap, serta urusan visa Umrah dan dokumen diuruskan pasukan kami dari awal.

  3. 3

    Berangkat ke Tanah Suci

    Penerbangan terus menaiki Saudia Airlines, ditemani mutawwif pengurus syarikat dan mutawwifah dari tanah air.

  4. 4

    Makkah, Madinah & Ziarah

    Bimbingan tiga kali umrah, ziarah menyeluruh termasuk Badar dan Taif, dengan penerangan sejarah di setiap lokasi.

  5. 5

    Kembali dengan Hati Baru

    Pengurusan kepulangan yang teratur — dan jemaah pulang bukan sekadar sampai, tetapi dekat dengan Allah.

Kenapa memilih UAR Travel & Tours

Kami tidak mahu jemaah hanya membeli sebuah pakej. Kami mahu mereka merasai sebuah perjalanan yang dijaga — dari Malaysia hingga ke Tanah Suci.

Pasukan UAR bersama jemaah sebelum berlepas di KLIA
Pasukan UAR bersama jemaah di KLIA, sebelum berlepas.
  • CEO Turun Padang

    Setiap pakej Premium dan Platinum dibimbing secara langsung oleh CEO sendiri — Ustaz Abdul Razzaq menyampaikan ceramah, membimbing ibadah dan menyantuni jemaah sepanjang perjalanan.

  • Penerbangan Saudia Airlines

    Pengalaman penerbangan yang lebih selesa dan eksklusif ke Tanah Suci — lebih tenang dan teratur dari lapangan terbang Malaysia.

  • Percuma Saudi High-Speed Train

    Jemaah pakej Premium dan Platinum menikmati perjalanan percuma kereta api laju Haramain antara Madinah dan Makkah — pantas, selesa dan menjimatkan masa.

  • Lawatan Menyeluruh

    Bukan sekadar Makkah & Madinah — ziarah lebih menyeluruh termasuk Badar dan Taif bagi pakej berkenaan, disertai penerangan sejarah Islam di setiap lokasi.

  • Team Kuat & Komited

    Pasukan komited bertugas di Malaysia dan Tanah Suci — keperluan jemaah diurus pantas, tersusun dan berkesan.

  • Urusan Hotel Terus

    Tempahan dibuat terus dengan pihak hotel tanpa bergantung kepada orang tengah — mengurangkan risiko pertukaran hotel saat akhir.

  • Hotel 4–5 Bintang Strategik

    Hotel selesa berdekatan masjid — memudahkan jemaah menunaikan ibadah dengan lebih tenang dan teratur.

Tiga pakej, satu piawaian bimbingan

Setiap pakej dibimbing ibadahnya oleh Ustaz Abdul Razzaq dan Ustazah Nora. Yang membezakannya hanyalah penginapan — bukan layanan, bukan bimbingan.

Bermula RM8,790 seorang — Pakej Gold 2027, bilik berlima

Permulaan

Pakej Gold

Makkah
Mira Ajyad atau setaraf
Madinah
Province Syam atau setaraf
  • Bimbingan ibadah sepanjang perjalanan
  • Mutawwif pengurus syarikat UAR Travel
  • Mutawwifah dari tanah air
  • Ziarah Makkah & Madinah
Dapatkan Sebut Harga
Penginapan Terbaik

Pakej Platinum

Makkah
Menara Jam 5 bintang atau setaraf
Madinah
Millinium Al Aqeeq atau setaraf
  • CEO Ustaz Abdul Razzaq turun padang
  • Percuma Haramain High-Speed Train
  • Ziarah Badar & Taif
  • Hotel terbaik di Makkah & Madinah
  • Mutawwif & mutawwifah UAR
Dapatkan Sebut Harga

Tanpa kos tersembunyi

Semua pakej termasuk:

  • Visa Umrah / Pelancong
  • Penerbangan terus ke Saudi menaiki Saudia Airlines
  • Jarak hotel yang dekat dengan masjid
  • Bimbingan 3 kali umrah
  • Mutawwif pengurus syarikat UAR Travel
  • Mutawwifah dari tanah air
  • Cenderahati: beg & kelengkapan eksklusif UAR

Harga penuh bagi setiap konfigurasi bilik (berdua, bertiga, berempat, berlima) diberikan oleh wakil UAR semasa sebut harga. Semua urusan di bawah lesen KPK/LN 10537.

Poster rasmi pakej Umrah UAR Travel & Tours 2027

Poster Pakej Umrah 2027

Poster penuh menyenaraikan harga setiap konfigurasi bilik bagi ketiga-tiga pakej, hotel pilihan di Makkah & Madinah, serta senarai lengkap kelebihan pakej.

Muat Turun Poster

Dipimpin mereka yang mengerti Tanah Suci

UAR diterajui satu keluarga — gabungan ilmu, pengalaman dan kasih sayang, dan ketiga-tiganya turun padang bersama jemaah.

Foto Ustaz Abdul Razzaq bin Mohd Salleh

Ustaz Abdul Razzaq bin Mohd Salleh

Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiyyah, Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah. Lebih 30 tahun sebagai mutawwif, penceramah dan pengurus jemaah Umrah & Haji — bermula sejak menuntut di Madinah (1992–2001), diikuti Tabung Haji Travel, Alsyarikin, Jad Travel dan Amwaj Travel & Tours sebelum menubuhkan UAR pada 2022.

  • Universiti Islam Madinah
  • 30+ Tahun Pengalaman
  • Fasih Bahasa Arab
  • Penceramah IKIM

Nora binti Rasyid

Pengarah Eksekutif · Mutawwifah

Pemegang Sijil Psikologi & Motivasi menerusi program Women Heart Journey (2017–2020) dan bekas pengurus Butik Noraz — berlatarkan jualan dalam talian, pemasaran digital dan pengurusan pekerja. Sebagai mutawwifah UAR, beliau membimbing dan menyantuni jemaah muslimat, di samping merancang pemasaran pakej dan mengendalikan majlis syarikat.

  • Mutawwifah
  • Psikologi & Motivasi
  • KPPU Siri 4/2022

Muhammad Aeris Danial bin Abdul Razzaq

Pengarah Eksekutif · Ketua Pemasaran

Huffaz al-Quran 30 juzuk — menghafaz di Tahfizul Quran Al-Qamar (2013–2018), menyambung di Sekolah Kiblah (2019–2021) dan kini dalam bidang Syariah di Kolej Universiti Islam Perlis. Bermula sebagai mutawwif sambilan dan pengajar al-Quran, beliau kini menerajui strategi pemasaran dan pembangunan jenama UAR.

  • Huffaz 30 Juzuk
  • Syariah, KUIPs
  • KPPU Siri 5/2025

Kelayakan yang boleh disemak

Setiap dokumen di bawah dikeluarkan oleh pihak berkuasa atau institusi yang diiktiraf — bukan sekadar dakwaan di laman web.

  • Lesen KPK/LN 10537 — Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya
    Lesen KPK/LN 10537 Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya
  • Travel & Tours Enhancement Course — Ustaz Abdul Razzaq
    Travel & Tours Enhancement Course Ustaz Abdul Razzaq
  • UmrahPay Consortium Membership — Dengan sokongan Bank Islam
    UmrahPay Consortium Membership Dengan sokongan Bank Islam
  • Kursus Pemantapan Pengendalian Umrah — Nora Rasyid · KPPU Siri 4/2022
    Kursus Pemantapan Pengendalian Umrah Nora Rasyid · KPPU Siri 4/2022
  • Kursus Pemantapan Pengendalian Umrah — Aeris Danial · KPPU Siri 5/2025
    Kursus Pemantapan Pengendalian Umrah Aeris Danial · KPPU Siri 5/2025

Lihat dokumen bersaiz penuh di Galeri →

Ustaz Abdul Razzaq di luar pejabat

Selain membimbing jemaah, beliau aktif menyampaikan ceramah dan tazkirah di masjid-masjid sekitar Melaka serta berkongsi ilmu berkaitan Umrah dan sirah Rasulullah SAW melalui platform digital.

Ustaz Abdul Razzaq dalam siaran IKIM mewakili UAR Travel
Siaran IKIM Ustaz Hj Abdul Razzaq — UAR Travel, berkongsi tentang pengembaraan Umrah.
Ustaz Abdul Razzaq di The Umrah, Hajj International Tourism Fair, Kuala Lumpur
Umrah & Hajj International Tourism Fair Kuala Lumpur — anjuran bersama Tourism Malaysia dan Kementerian Pelancongan.

Mulakan perjalanan anda hari ini

Pasukan kami sedia berbincang tentang pakej, jadual perjalanan dan apa sahaja keperluan jemaah. Kunjungi pejabat kami atau hubungi melalui saluran di bawah.

Waktu pejabat: Isnin–Sabtu, 9:00 pagi – 6:00 petang

Premis UAR Travel & Tours di Taman Cheng Indah, Melaka

Melaka — Ibu Pejabat

No. 30-1, Jalan Cheng Indah 8
Taman Cheng Indah
75260 Melaka

Bangi, Selangor

No. 42-1, Jalan 8/1, Seksyen 8
Bandar Baru Bangi
43650 Selangor

WhatsApp